Wednesday, December 22, 2010

Aksi Isyraf dan Siput

Lama dah tak update gambar anak bujang mama sorang ni kan.. layan je la aksi Isyraf kat kebun tokma..

Ok... Bersedia dengan batang pokok
"mama.. Isyraf kacau siput ye..."
(rasanya tula yang dia cakap dalam hati..)


Muahahaha...
Hambik ko Siput..
whakakakakaka....
Kaco lagi pokok tak ma...
rasakan.... hambek...

Klik Klik



tadaaa...
hik..hik..hik...
i'm pregnant again..
dah masuk 3 bulan dah..
korang suma doakan mama dan baby sihat ye
amin...

Tuesday, December 7, 2010

Isyraf's First experience to Movie

Apa nak cakap ehh..

emmm..emmm..
nak buat kesimpulan teruslah,
frustnye...!!!!

alkisah
mama dan abah Isyraf teringin nak pegi tgk Harry Potter
memandangkan Isyraf dah nak masuk 2 tahun 6 bulan dah
kitorang agak2 boleh kot nak bawak dia sekali
lagipun sian pulak rasanya tinggal dia kat nursery sebab mama dan abah nak berseronok
so kami bertekad untuk bawak dia sekali pegi wayang
kira gamble la nih

Cerita di dalam Panggung..

kitorang memilih couple seat supaya Isyraf blh dok kat tengah2..
duduk je kat dalam panggung tu Isyraf dah tengok sana tengok sini
mesti pelik sebab gelap semacam jek
pastu macam biasala,
sebelum stat cerita mestila kena tengok Iklan dia yang lama gila tak hengat tu

Isyraf : Kuat shangat.... (sambil tangan dia tutup telinga)
Mama : Ala siannye, mama tolong tutupkan telinga Isyraf ye
Isyraf : angguk dan lepaskan tangan dari telinga supaya mama blh tolong tutupkan telinga die

Masa berlalu seketika.., cerita pun dah start..

Mama : Isyraf lapar tak? nak makan?
Isyraf : Lapar, nak makan..
Mama : Nah, makan burger ye
Isyraf : terus makan dengan berselera
(chicken burger habis 3/4 dibaham dengan penuh kelaparan)
Mama : Dalam hati...., itula.. pagi tadi mama sedia roti,sosej dan baked bean suruh makan
tapi makan sosej je, ate memangle lapar gile..
Isyraf : Mama, tak nak dah.. (sambil hulurkan burger yang hampir habis
Mama : Ok.. (sambil hulurkan air milo)
Isyraf : Minum

Setengah jam berlalu tanpa sebarang masalah..

Setengah jam kemudian..

Isyraf: Mama.. jom balik rumah
Mama : dalam hati... alamak..
Isyraf, nanti ye, tunggu mama dengan abah habis tengok cerita ni pastu kita balik ye
Isyraf : angguk

dialong jom balik rumah dia atas berulang-ulang setiap 5 minit kerana Isyraf dah semakin tak tahan bosan.. dan mama dengan dengan tabah mengulang2 ayat yang sama sehingga lebih kurang 20 minit.. pastu Isyraf dah stat baring atas riba mama (abahnye dah alih tempat duduk ke seat sebelah sebab takde orang kat sebelah)

Isyraf: nak bukak kashut..
mama : tak payah bukakla, nanti sejuk..
Isyraf : angguk

5 minit kemudian,,..

Isyraf: nak bukak kashut..
mama : yelah
(sambil membuka kasut anak kesayangannye seperti diminta sebab taknak dia bising)

Isyraf: terus berdiri atas kerusi, pandang depan, pusing belakang, sambil bercakap2 sorang diri
dah boring berdiri, turun pulak kerusi, berjalan dari hujung ke hujung,
dah boring jalan, berdiri kat lantai sambil kepala diletakkan kat kerusi depan
dah boring diri, duduk balik sambil kaki ditolak2 ke seat depan...
akhirnya berenti dan dusuk atas riba abahnye

Mama : meneruskan tengok movie sambil sekali sekala mengerling ke anak bujangnya
untuk pastikan tak hilang dari pandangan mama (suka hatila nak buat apapun sayang,
asal jangan bising sudah)

Isyraf : tak sampai berapa saat kat atas riba abahnye tiba2 meronta2 mintak keluar
Mama : halamak, malunye..
abah.. bawak Isyraf keluar
Abah : angguk

lepas seminit Isyraf dibawa masuk semula
abah: Isyraf duduk diam2 ye, Isyraf tunggu mama ngan abah tengok cerita sekejap aje..
Isyraf : angguk

Tapi, dengan tiba2..
Isyraf: Sallallah Ala Muhammad
Sallallah alaihi Wassalam

Mama: alamak... time ni ke nak berselawat
Isyraf.. shhhhh..

Isyraf : Sallallah Ala Muhammad
Sallallah alaihi Wassalam
(tanpa mempedulikan mamanya)

mama: adooiii... abah, mama bawak isyraf keluarla
(masa tu cerita ada lagi setengah jam nak habis)

Akhirnya, pengalaman tengok movie bertukar menjadi pengalaman layan anak di Movie, cerita pun tak paham sebab asyik layan anak, akhirnya kami tiga beranak keluar dari movie kehampaan, cuma Isyraf sorang je yang melompat2 dan berlari2 kegembiraan setelah berjaya membuatkan kami tak habis tengok wayang hari tu...

Waaaaa!!!!!

Monday, September 6, 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Assalamualaikum..

di kesempatan ini saya nak mintak ampun dari hujung rambut ke hujung kaki sebab :-
a) terkasar bahasa
b) terlupa bayau hutang makan
c) termengumpat
d) terlupa nak tolong punch kad..
e) terlebih bagi keje
f) terlebih makan kerepek
g) dan suma yang ter2..

Oklah, Selamat Hari Raya Semua...
MMMMuahhhhsh..

AVOID SAYING THESE THINGS


Source: Graham Corporation

•“They didn’t get back to me”. Or, “They are getting back to me”. Both are equally disastrous. Expecting someone to get back to you stops the action. Take the initiative.

•“I thought someone else was taking care of that”. Excuses indicate a roadblock to action. Always ask question to keep things moving.

•“No one ever told me”. Let a supervisor hear you talk this way very often and you will have made a very clear statement about the way you work. You operate in a tunnel, oblivious to everything that is going on around you.

•“I didn’t have time”. And don’t bother with “I was too busy”, either. If you find yourself saying things like this, you are writing your employment obituary.

• “I didn’t think to ask about that”. The inability to see down the road may indicate that you lack the ability to understand and grasp relationship.

The message in business today is clear. The only measure
for success is performance. Whatever the roadblocks,
its your job to remove them. If not, you’ll be perceived
as one of them.

Thursday, August 12, 2010

Crane a.k.a ........

Ape yang orang panggil benda nih?

Crane eh?

Whatever it is, korang nak tau apa Isyraf cakap kalo jumpa benda nih?

"besarnye pistol..."

......erkkkk... cluelessss.......

Tuesday, August 10, 2010

First hair cut experience at saloon..

Hehehe..
Debar jugak first bawak Isyraf pegi potong rambut kat kedai,
Isyraf ok ke... tak ok ke...
Sebelum nih Tok Wan die yang potong,
(masa kecik mama takut nak bawak kedai sebab takut Isyraf takleh duduk diam, kalau luka sape yang susah..??)
tapi sampai bila kan..??
sebab tu la try jugak bawak pegi salun..
Alhamdulillah,
tak sangka jugak,
Isyraf very good boy that day,
tadah jek kepala..
tak merengek, tak pusing2..
pastu tak takut lansung dengan mesin2 potong rambut tu,
mama pulak yang naik ngeri tengok, Isyraf steady jek..



Before


After
Amacam..? Encem tak anak mama..???

Kawan Isyraf

Hai..

Saje nak tunjuk, Ni kawan Isyraf, Adreen.. petang-petang lepas balik keje mesti cari si Adreen ni ajak main. Adreen ni jiran sebaya Isyraf yang tinggal kat tingkat atas apartment kitorang. Cumel kan die..



(Macam kecik je rasanya anak mama ni bila diri kat sebelah Adreen, padahal Adreen ni sebulan lagi muda dari Isyraf...)

Wednesday, July 28, 2010

I'm Happy Again..!!!!

Alhamdulillah...

Lega yang amat-amat...
satu demi satu ujian Allah kepada mama dan abah Isyraf selesai...

1) Kereta Satria
tak semua orang tau kisah kereta kesayangan yang satu ni. Tahun lepas disebabkan gatal nak beli kereta baru, maka satria kesayangan ni diserahkan pada Car Agent (Nama dirahsiakan) dengan janji yang dia akan bayar bulanan kereta ni (masa tu ada 3 tahun lagi balance hutang tertunggak dengan bank belum bayar) sehingga dapat pembeli. Tapi bila dapat je kereta, bayaran bulanan dibayar dengan sangat teruk, kejap bayar, kejap tak bayar sampai bank berulang-ulang kali call mama minta bayar. Of course mama takkan bayar sebab kereta tu dah takde dengan mama... yang boleh dibuat masa tu just call car agent tu suruh bayar but the situation still remain the same..

Puncaknya, 29.6.2010 terima surat saman dari Lawyer Bank sebab bayaran dah tertunggak 6 bulan. Masa tu runsing toksah cakapla, hati berdebar siang malam memikirkan macammana nak solve the problem. kereta takde kat tangan, tapi kena bayar buta-buta kat bank sebab taknak tak boleh jawab kat mahkamah, and worse, beri impact pada kerjaya mama, Hanya Allah yang tahu cintanya mama pada kerjaya Ukur Bahan.. lebih-lebih lagi mama serve for the government..

Allah mendengar doa mama dan abah, akhirnya setelah rujuk pada Tok ma, tok wan dan orang-orang yang ada experince pasal kes ni, mama call bank untuk tanya berapa jumlah yang kena bayar. But what i heard from the phone was more than what i expected. Dia kata kereta dah kena tarik dengan bank. Alhamdulillah... terima kasih Ya Allah.. sekurang-kurangnya lepas bayar semua tunggakan dengan bank, boleh dapat balik kereta kesayangan mama....

So after made the payment, terus pecut pegi kat gudang tempat simpan kereta, dan di situ... kereta kesayangan mama menanti untuk tuan asalnya kembali... huhuhu... sedih... terharu sangat bila dapat kereta tu balik, walaupun duit banyak habis, hati tetap gembira bila dapat jumpa balik kereta tu, apala yang dia rasa sepanjang setahun kereta ni jauh pada mama, mesti dia sedih jugak orang perlakukan dia teruk-teruk... kesian kat die...

apapun, alhamdulillah, isu ni dah selesai. walaupun takla selesai sangat sebab mama dan abah kena menanggung tiga kereta sekarang... sakit sikitla bulanan mama dan abah.. cuma berharap Allah mudahkan mama dan abah untuk bayar semua hutang...

2) Mahkamah
Rentetan dari cerita di atas, saman tetap saman... so semalam 28.7.2010, as mentioned before on Post 'Ujian Allah', I attend the court. And there, after waiting for almost 4 hour's, my name wasn't been called. But hubby kata dia ada dengar nama Peguam Izauddin,Firdaus dipanggil which was the Plaintif for my case. Rasa tak sedap hati, mama pegi jumpa sendiri dengan orang yang panggil nama tu, tanya ada tak kes saya dalam list. Pastu dia nampak terkejut sebab katanya kes peguam Izauddin,Firdaus dah habis untuk sesi hari tu dan lawyer tu dah balik pun. Pastu dia tanya ada isi borang tak? jawapan mama "'TAK'... aaaa... kena isi borang ke??? Tadi tanya sorang lawyer kat luar kata tak payah isi pape borang, tunggu jek kat dalam bilik tu", so mama tunggu je la... Waaa...!!!! takutnye... Pastu orang yang panggil nama tu kata suruh tunggu, dia try pegi cari lawyer Izauddin,Firdaus tu kat kafeteria, and luckily he was still there.... alhamdulillah... but then, after meet the lawyer, i was told that my case has withdrawn the day before the case called. Daaaaa... takde sape bagitau pon..??? takde dapat pape surat pon...??? hmmm... takpelah, papepun, alhamdullilah sebab kes dah ditarik balik walaupun penat menunggu sehingga 4 jam...

3) Kes pecah rumah.
Yang ni lagi satu hal, mesti ke semua terjadi pada masa yang sama... tapi dah selesai jugak, report polis dah dibuat, dan grill pun dah ditambah keselamatannya dengan menukar dan menambah alatan-alatan yang berkait dengan kunci. Semoga Allah terus melindungi kami seisi keluarga serta tok ma dan tok wan di kampung...

4) Singki sumbat
Yang ni seperti dalam Post "Penat". Pun dah selesai, rupanya pakai Pelocok terus setel daaa...

Sunday, July 25, 2010

Rumah diceroboh

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang...
Aku bersyukur padamu
kerana melindungi kami sekeluarga dari orang-orang yang berniat jahat
Hanya Harta yang sementara di dunia digeledah dan diambil dari pemilikan kami
tapi nyawa dan keselamatan kami masih dilindungiMu Ya Allah..
Hanya Pada Mu Kami berlindung dan Meminta Pertolongan...

Hanya Allah yang menjadi saksi..
23hb Julai 2010, Rumah kami dimasuki manusia yang berniat buruk
masuk melalui pintu belakang, dapur rumah kami
hampir setiap bahagian rumah digeledah,
hampir setiap inci bilik di punggah,
hampir setiap laci ditarik dan dikeluarkan isi perutnya,
dan setiap katil dibuka dan ditarik tilamnya,
apa yang diperoleh oleh manusia itu?
mungkin kepuasan kerana berjaya memasuki rumah kami,
dan berjaya memperoleh Laptop, minyak wangi suami serta cincin pemberian mama.

tapi Alhamdulillah..
di dalam laci yang hampir semua barang lain didalamya telah dipunggah,
Gelang pernikahan pemberian suami,
diam di sebalik sikat yang menyelindunginya dengan izin Allah..

Padamu Ya Allah ku bermohon,
kuniakanlah ketenangan dalam hidup kami,
selamatkanlah kami dari orang-orang yang berniat jahat,
ampunkanlah dosa-dosa kami..
Amin Ya Rabbal Alamin..

Monday, July 19, 2010

Penat..

alkisahnye...

semalam last day pose ganti .. (alhamdullillah, akhirnya dapat jgk habiskan pose ganti 10 hari), yang nak kata penatnye bukan pasal pose tuh, tapi apa yang berlaku selepas berbuka pose..

suma taula kan, kalau husband tercinta outstation, rasa sangat penat, betol tak? bukan takleh buat, cuma bila husband takde nak membantu apa yang patut, terasa jugak beban x tertanggung dek bahu sendiri. khamis dengan jumaat minggu lepas dia dah outstation, minggu ni hari isnin outstation lagi, nasib baik kali ni balik hari, kalau tak kesian jugak kat Isyraf sebab terpaksa berdepan dengan muka semak mama setiap kali ketiadaan abahnye.

Semalam, lepas bukak pose, of course la nak basuh pinggan mangkuk dan ape2 yang patut kat singki tuh, dibuatnya semalam singki sumbat, waduh, tension yang amat, husband belum balik, so terpaksala buat sendiri kerja2 paip tu, nanti malam husband balik mesti penat sebab balik hari dari kota tinggi, johor.(jauh tuu...). pikir punya pikir xleh jadi, air bertakung banyak gile kat sink, so bukakla bottle trap kat bawah singki tu, singkir segala benda yang x patut dan bersihkan, pastu cuci besen yang buat takungan sementara trap xde tu, busuk toksah katala.. eeee tensionnye buat dirty2 jobs ni, pastu dah setel cuci2 letakla balik trap tu kat tempat dia, pastu try bukak pili tgk sumbat lagi ke tak, memang Allah nak uji agaknye semalam, Still sumbat lagikkkk...!!!!!! air tak jalan lansung, rasanye mesti dah sumbat kat alur paip yang ke luar tu, yang tu xleh nak tolong, tak sanggunp rasanya eden nak menghulurkan tangan dan jariku yang halus mulus tak berapa mulus ni ke dalam lubang paip yang ntah hape bende ada kat dalam tu. so biarkan dia,... (nampaknye pertolongan encik abang terpaksa jugak diperlukan). So petang ni lepas balik keje la agaknye kalau boleh nak repair kesumbatan itu.. (huh, semak kepala mama)..

Pukul 1.00 pagi tadi baru husband sampai dari johor, sian die... nampak penat sangat, terus mandi dan tidur. dalam pukul 3 pagi, Isyraf bergolek2 ke sana sini kat katil, dengar macam dia susah tarik nafas, hidung sudah sumbat da... sejuk sangat agaknye malam tadi. Dalam 10 minit Isyraf guling2 tu, sekali Israf bukak mata, pandang mama, pastu cakap "mama... idung chumbat.." mama pun angkatla dia, pastu dukung tegak supaya hilang sumbat hidung die, dah dukung jawabnye cerahla mata die... huhu... pukul 3 okey.... Isyraf2..... dah hilang hidung sumbat dia tu, cubala letak balik kat tempat tidur die... ngamuk taknak.. suruh dukung balik, pastu tunjuk kat pintu bilik suruh keluar, (huhu... menangis dalam hati..) . dah sampai kat ruang tamu, jeng3.. dia tunjuk kat tv pastu cakap "nak otomen (ultramen)". sebab taknak dia ngamuk berlanjutan, layankan ajela, bukakla cd ultramen die tu, pastu bentang toto kat depan TV, stat cerita je, mama terus baring kat toto tu.. Isyraf punyala segar, siap tiru2 gaya ultraman tu pastu paksa mama ikut gaya dia, " mama.. macam ni.. jiyak.. (siap buat bunyi ultraman)" pastu kalau mama buat salah sikit, "calah, mama.. macam ni2..." hadoiiila anak mama... rasanya betul dah ikut gaya die, salah lagi ke...

pastu dah habis satu round cerita, mintak kat mama susu coklat kotak dia, dah bagi, pastu nak cucuk straw sendiri, x bagi mama tolong, pastu dah tumpah kat toto tu... dah tumpah, confirmla kena marah dengan mama.. (aduh, siannye anak mama kena marah, (dah marah pastu sendiri nyesal). Pastu mama baring, yang Isyraf ni tak habih minum lagi nak baring jugak dengan susu kotaknye sekali, of course la tumpah lagi... nasib tak sempat tumpah banyak mama jerit dulu, pastu ambik susu kotak kat tangan die letak atas meja dan lap tempat tumpah kat mulut ngan leher die.. sian anak mama asyik kena marah jek, napela bangun tiga pagi nak tgk ultraman, memangla mood mama swing..

Setelah selesai dua(2) round cerita, yakni pukul 4.30 pagi, baru la kedua2nya mama dan anak kesayangannye tidur dengan aman kat depan tv..(sebenarnya mama dah tido dulu sebelum Isyraf). dan pukul 5.15 pagi mama bangun tutup tv dan memulakan hari baru untuk bekerja.... Isyraf tidur kepnatan sampai pukul 7 pagi, abah yang kena hantar Isyraf pegi nursery hari ni sebab mama tak sampai hati nak kejut anak mama tidur, nampak nyenyak sangat, mama kena pegi keje dah pukul 6.45 pagi tu...

Sunday, July 4, 2010

Ujian Allah

Takut, Sedih, Kecewa....
Semua bercampur baur
Tolong aku Ya Allah..
Tenangkan jiwaku, damaikan kegelisahanku,
Aku takut Ya Allah..

28.7.2010,
hari itu semakin dekat
Ya Allah, aku bermohon padamu,
supaya segalanya berjalan dengan sempurna,
janganlah ada sebarang musibah yang lebih buruk berlanjutan rentetan dari itu...

Aku redha dengan ujianmu Ya Allah,
cuma yang ku pohon,
Tolonglah aku Ya Allah,
Jadikan setiap jiwa merasa belas..
Lembutkanlah hati setiap insan,
dan permudahkanlah urusanku Ya Allah...

Hanya padaMu tempat ku Bermohon dan meminta Pertolongan,
Amin, Amin Ya Rabbal A'lamin..

Wednesday, June 23, 2010

Birthday Isyraf

Tanggal 09.06.2010...
Birthday Anak Mama..


Dah 2 Tahun dah anak mama..

Hadiah Birthday dari Auntie Wani, Ultraman...

Birthday Boy..

Tuesday, June 15, 2010

Tukar Design

Lalalalalala....
ni baru betol xde keje namenye..
dah boring dengan design blog lama
pleeease don't comment about my picture okey,
taula muka sekarang dah tak sama macam tu,
ok dah3... senyap..

Monday, June 7, 2010

Friday, June 4, 2010

Isyraf & Ultraman Part 2

cuba teka ni gaya ape?

Chilis

4 June 2010
Makan2 di Chilis dengan Mama Hadiff dan Mama Zariff



Triple Play


.... Chicken Quasiladas
(panjang lagi nama dia sebenarnye, tapi apo ntah, x hengat)

Cheesy Texas Fries With Beef Chilis

Tuesday, June 1, 2010

Lampu Oh Lampu..

Bilala boleh ku miliki
Lampu yang teramat Cantik kat SSF ni....

Berangan jela makcik ooooiiii.....

Isyraf & Ultraman..

hmmmm..
what to say.....



Ok Isyraf, SMILE...



"Omen.. aaabum" ....

"nah, omen... ace uku..."

WAKAKAKAKAKA... LAWAK AAAAA.....

Mama sayang Isyraf sangat...

.............................

Main2 kat Giant

Ahad lepas, 30.5.2010,
kitorang ke Giant
Hasrat hati nak beli barang keperluan rumah
end up bawak Isyraf pegi main untuk sukakan ati die...