Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang...
Aku bersyukur padamu
kerana melindungi kami sekeluarga dari orang-orang yang berniat jahat
Hanya Harta yang sementara di dunia digeledah dan diambil dari pemilikan kami
tapi nyawa dan keselamatan kami masih dilindungiMu Ya Allah..
Hanya Pada Mu Kami berlindung dan Meminta Pertolongan...
Hanya Allah yang menjadi saksi..
23hb Julai 2010, Rumah kami dimasuki manusia yang berniat buruk
masuk melalui pintu belakang, dapur rumah kami
hampir setiap bahagian rumah digeledah,
hampir setiap inci bilik di punggah,
hampir setiap laci ditarik dan dikeluarkan isi perutnya,
dan setiap katil dibuka dan ditarik tilamnya,
apa yang diperoleh oleh manusia itu?
mungkin kepuasan kerana berjaya memasuki rumah kami,
dan berjaya memperoleh Laptop, minyak wangi suami serta cincin pemberian mama.
tapi Alhamdulillah..
di dalam laci yang hampir semua barang lain didalamya telah dipunggah,
Gelang pernikahan pemberian suami,
diam di sebalik sikat yang menyelindunginya dengan izin Allah..
Padamu Ya Allah ku bermohon,
kuniakanlah ketenangan dalam hidup kami,
selamatkanlah kami dari orang-orang yang berniat jahat,
ampunkanlah dosa-dosa kami..
Amin Ya Rabbal Alamin..
jahat betul manusia itu! semoga tuhan membalas segala perbuatan jahat mereka! Aminnnnnn............
ReplyDeleteainul! terkejutnye.. alhamdulillah xde pape..
ReplyDeleteerk? yeke? sib baek xde pape yg teruk berlaku...
ReplyDeletealhamdulillah, suma dah ok sekarang..
ReplyDelete