Showing posts with label Home Sweet Home. Show all posts
Showing posts with label Home Sweet Home. Show all posts

Tuesday, April 17, 2012

Addicted To Deco - Part 3 (Space Under Staircase)





Assalamualaikum..



macam biasa, setelah sekian lama, kini saya kembali, rasa belum bersawang lagi blog ni kot kan.. ehehe..



kali ni nak update pasal space bawah tangga.. biasa kalo tgk kat rumah2 melayu kita ni space bawah tangga mesti buat stor, kan3... betul tak? pastu stor tu pulak yang standard ada pintu, pastu kat dalam tu habis baik ada para kat tepi dinding, tu pun jarang2 jumpa, selalu kalo tgk mesti kat dalam tu tuuuuu... diaaaa.... mak aih.....dok belonggok habih barang2 lama berkotak2, asal barang lama, sayang nak buang, mesti keluar ayat2 standard:



1) jangan buang, satgi repair boleh guna balik

2) eh, simpan dulu, kot nanti boleh bagi kat orang

3) emm.. sayang nak buang, elok lagi, simpan dulula kat stor

4) dan macam2 lagi ayat standard yang x terkeluar idea dalam otak sekarang nih


tapi... masa berlalu... yang kata nak repair, tak repair2... yang kata nak bagi kat orang, tak bagi2 jugak, yang kata barang dok elok lagi sayang nak buang, dari elok2 dah jadi tak elok dok peram lama dalam stor tu.. habih2 stor tu akhirnya semakin hari semakin penuh pastu dah tak muat cari pulak celah almari, bawah katil pulak nak simpan barang2 lama, adohaiii..



Oleh itu ya kawan2.. xyahla nak sayang2 sangat barang lama tu, cerita lama usah dikenang, kita buka lembaran baru.. Tapi, ya kawan2.. stor masih perlu, tapi mesti pandai cara nk simpannya, sebaiknya organize setiap barang2 (setiap barang mesti ada bekas simpanan berlabel untuk mudahkan kita bila nak cari n guna balik barang tu)..


Dah merepek meraban, bukan ke entry ni nak cerita space bawah tangga, yang dari tadi dok merapu pasai stor dah apahai pulak..



Ok, back to topic, space bawah tangga ni ada banyak cara bijak untuk kita manfaatkan, jangan dibiar mati je.. kat bawah ni antara cara2 terbaik yang i dok google untuk idea korang di kemudian hari..



Storage Space






ooo hai.. nak kena balik dah, banyak lagi idea bawah tangga yg nak tunjuk ni, next time i update gambar lagi, daaa..

Thursday, February 9, 2012

Addicted to Deco - Part 2- Elegant White












hai..3...


again, still in a deco2 mood, and now its all about white.. deco putih mmg definitely a very good choice untuk decor, a choice of elegant, bersih, cerah, and ruang rumah akan automatik nampak lebih luas dengan pilihan kaler putih ni..


but yes, sapa2 yang nak decor rumah kaler putih ni, kena jadikan diri sendiri atau dapatkan husband yang extra rajin ye.. sebab dgn amat mudahnya sofa putih yg suci bersih dikotori oleh cap kaki anak2 yg baru balik nursery dgn kaki yg hitam terus panjat n lompat2 atas kerusi, mmg berdarah hati mak nak... tu kes yg extreme, kalau kes yg kurang extreme mcm baca paper atas kerusi, then tgn yg penuh karbon menyentuh sofa putih pun buleh buat mak menangis nak.... hohoho...


so, terpulang kt korang sanggup atau tak sanggup nk deco rumah kaler putih ni, bab jaga mmg susah, tapi hasil deconya mmg terbaik, setakat ni i mmg paling suka deco kaler putih, buleh add in some other colours too, macam pink ke, biru ke, tapi the major colour must be white, so disertakan di sini contoh2 all white deco yg boleh meruntun jiwa...




























Thursday, December 29, 2011

Addicted to Deco... Part 1- Pink Decoration







1st Entry, dedicated khas untuk dayah yg menggilai kaler pink dalam segala benda yg dibuat kat dunia ni, beg pink, baju pink, kertas pink, buku pink, kalau ada makanan kaler pink pun rasanya tu yg di grab dulu..


jadi deko kali ni adalah contoh deko2 rumah yg sumanya pink kaler yang elegant & gorgeous lagi marvelous untuk tatapan semua peminat pink kaler di dunia.. layan..


























gorgeous kan....

Wednesday, December 7, 2011

Jun 2011 - Pindah Rumah Baru..



Halu3..!!! I'm back...!!


Byk gile story mory nak cerita kat u olls tapi dek kerana kesibukan yang tak bertepi, terpaksa i mengabaikan blog yang tercinta ku ini, huhu... tapi, rasa macam hari ni tak byk keje jek...?? (am i??) ataupun buat2 lupa sekejap kat keje, nk rehat jap. Hari ni xde pape outcome keje pun, (huh, dah pukul 2 petang baru perasan).


dimaklumkan saya telah berpindah ke rumah baru lebih kurang 2 weeks before delivering my princess, Zulaikha.. Mmg kelam-kabut pindah sbb mama nak sgt dok rumah tu masa tempoh yang mama kena berulang-alik ke Hospital Al-Islam Kg Baru, so mmg packing satu rumah 2 hari, beli katil queen baru utk mama n abah, n zrasss pindah ke rumah baru. Terima ksih byk kepada sumua makcik,pakcik, n sepupu2 yang bertungkus lumus bersihkan rumah yg baru lepas habis renovation sehari sebelum pindah.. i yg boyot time tu cuma boleh mengarah je (which i'm very good at..hehe), abih, nak buat keje x blh, apa pun terima kasih byk2 semua orang yang telah memberi kerjasama...



Disertakan bersama-sama ini.. (ewah2 mcm ayat standard surat rasmi pulek) rumah baru saya..






tadaa!!! harus pengsan kalau betul la ni rumah i, ni rumah Rizalman, Cantek gile!!! nak nangis boleh tak.. nak rumah macam die jgk!!!



Ni la The Heart of Living rumah i, langsirnye dah ganti kaler hitam tapi x snap gambar lagi, satu hari bila rumah i dah sempurna baru i upload lagi.. (Berangan nak rumah macam Rizalman tapi ni je la yang mampu huhu...)


Bahagian rumah yang lain masih kosong, masih menunggu fulus yang banyak untuk ku penuhi rumah ku dengan penuh keglamouran, ehehe.. ada sapa2 yang menyampah ke..????

Sunday, July 25, 2010

Rumah diceroboh

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang...
Aku bersyukur padamu
kerana melindungi kami sekeluarga dari orang-orang yang berniat jahat
Hanya Harta yang sementara di dunia digeledah dan diambil dari pemilikan kami
tapi nyawa dan keselamatan kami masih dilindungiMu Ya Allah..
Hanya Pada Mu Kami berlindung dan Meminta Pertolongan...

Hanya Allah yang menjadi saksi..
23hb Julai 2010, Rumah kami dimasuki manusia yang berniat buruk
masuk melalui pintu belakang, dapur rumah kami
hampir setiap bahagian rumah digeledah,
hampir setiap inci bilik di punggah,
hampir setiap laci ditarik dan dikeluarkan isi perutnya,
dan setiap katil dibuka dan ditarik tilamnya,
apa yang diperoleh oleh manusia itu?
mungkin kepuasan kerana berjaya memasuki rumah kami,
dan berjaya memperoleh Laptop, minyak wangi suami serta cincin pemberian mama.

tapi Alhamdulillah..
di dalam laci yang hampir semua barang lain didalamya telah dipunggah,
Gelang pernikahan pemberian suami,
diam di sebalik sikat yang menyelindunginya dengan izin Allah..

Padamu Ya Allah ku bermohon,
kuniakanlah ketenangan dalam hidup kami,
selamatkanlah kami dari orang-orang yang berniat jahat,
ampunkanlah dosa-dosa kami..
Amin Ya Rabbal Alamin..

Tuesday, June 1, 2010

Lampu Oh Lampu..

Bilala boleh ku miliki
Lampu yang teramat Cantik kat SSF ni....

Berangan jela makcik ooooiiii.....

Monday, May 17, 2010

Meja Study Isyraf

12.05.2010
Mama & Abah Isyraf ke Giant
Mulanya niat nak beli Beras
Tapi bukan saja Beras yang dapat,
Meja Study Baru Isyraf pun dapat...


Ni yang asal, actually ambik meja tepi katil mama je,time tu... asalkan ada..untuk anak mama yang tersayang..


Ni Yang baru... Hehe... amacam?..











Tuesday, May 11, 2010

Rumahku Syurgaku..

rumah kecil..

yang menyimpan sejuta memori...

suka duka kehidupan..



Ruang tamu




Ruang Makan..



Lorong ke Bilik..



Box mainan Isyraf..



Meja study pertama Isyraf..



Dan.. Dapur..huhu..