Tuesday, December 7, 2010

Isyraf's First experience to Movie

Apa nak cakap ehh..

emmm..emmm..
nak buat kesimpulan teruslah,
frustnye...!!!!

alkisah
mama dan abah Isyraf teringin nak pegi tgk Harry Potter
memandangkan Isyraf dah nak masuk 2 tahun 6 bulan dah
kitorang agak2 boleh kot nak bawak dia sekali
lagipun sian pulak rasanya tinggal dia kat nursery sebab mama dan abah nak berseronok
so kami bertekad untuk bawak dia sekali pegi wayang
kira gamble la nih

Cerita di dalam Panggung..

kitorang memilih couple seat supaya Isyraf blh dok kat tengah2..
duduk je kat dalam panggung tu Isyraf dah tengok sana tengok sini
mesti pelik sebab gelap semacam jek
pastu macam biasala,
sebelum stat cerita mestila kena tengok Iklan dia yang lama gila tak hengat tu

Isyraf : Kuat shangat.... (sambil tangan dia tutup telinga)
Mama : Ala siannye, mama tolong tutupkan telinga Isyraf ye
Isyraf : angguk dan lepaskan tangan dari telinga supaya mama blh tolong tutupkan telinga die

Masa berlalu seketika.., cerita pun dah start..

Mama : Isyraf lapar tak? nak makan?
Isyraf : Lapar, nak makan..
Mama : Nah, makan burger ye
Isyraf : terus makan dengan berselera
(chicken burger habis 3/4 dibaham dengan penuh kelaparan)
Mama : Dalam hati...., itula.. pagi tadi mama sedia roti,sosej dan baked bean suruh makan
tapi makan sosej je, ate memangle lapar gile..
Isyraf : Mama, tak nak dah.. (sambil hulurkan burger yang hampir habis
Mama : Ok.. (sambil hulurkan air milo)
Isyraf : Minum

Setengah jam berlalu tanpa sebarang masalah..

Setengah jam kemudian..

Isyraf: Mama.. jom balik rumah
Mama : dalam hati... alamak..
Isyraf, nanti ye, tunggu mama dengan abah habis tengok cerita ni pastu kita balik ye
Isyraf : angguk

dialong jom balik rumah dia atas berulang-ulang setiap 5 minit kerana Isyraf dah semakin tak tahan bosan.. dan mama dengan dengan tabah mengulang2 ayat yang sama sehingga lebih kurang 20 minit.. pastu Isyraf dah stat baring atas riba mama (abahnye dah alih tempat duduk ke seat sebelah sebab takde orang kat sebelah)

Isyraf: nak bukak kashut..
mama : tak payah bukakla, nanti sejuk..
Isyraf : angguk

5 minit kemudian,,..

Isyraf: nak bukak kashut..
mama : yelah
(sambil membuka kasut anak kesayangannye seperti diminta sebab taknak dia bising)

Isyraf: terus berdiri atas kerusi, pandang depan, pusing belakang, sambil bercakap2 sorang diri
dah boring berdiri, turun pulak kerusi, berjalan dari hujung ke hujung,
dah boring jalan, berdiri kat lantai sambil kepala diletakkan kat kerusi depan
dah boring diri, duduk balik sambil kaki ditolak2 ke seat depan...
akhirnya berenti dan dusuk atas riba abahnye

Mama : meneruskan tengok movie sambil sekali sekala mengerling ke anak bujangnya
untuk pastikan tak hilang dari pandangan mama (suka hatila nak buat apapun sayang,
asal jangan bising sudah)

Isyraf : tak sampai berapa saat kat atas riba abahnye tiba2 meronta2 mintak keluar
Mama : halamak, malunye..
abah.. bawak Isyraf keluar
Abah : angguk

lepas seminit Isyraf dibawa masuk semula
abah: Isyraf duduk diam2 ye, Isyraf tunggu mama ngan abah tengok cerita sekejap aje..
Isyraf : angguk

Tapi, dengan tiba2..
Isyraf: Sallallah Ala Muhammad
Sallallah alaihi Wassalam

Mama: alamak... time ni ke nak berselawat
Isyraf.. shhhhh..

Isyraf : Sallallah Ala Muhammad
Sallallah alaihi Wassalam
(tanpa mempedulikan mamanya)

mama: adooiii... abah, mama bawak isyraf keluarla
(masa tu cerita ada lagi setengah jam nak habis)

Akhirnya, pengalaman tengok movie bertukar menjadi pengalaman layan anak di Movie, cerita pun tak paham sebab asyik layan anak, akhirnya kami tiga beranak keluar dari movie kehampaan, cuma Isyraf sorang je yang melompat2 dan berlari2 kegembiraan setelah berjaya membuatkan kami tak habis tengok wayang hari tu...

Waaaaa!!!!!

5 comments:

  1. Wakakkakkaakkkaka !!!
    Cayalah isyraf =))

    ReplyDelete
  2. hadeilah.... sian mama dengan abah.... sabor ajelah yek..

    ReplyDelete
  3. ainul aku gelak guling-guling... wakaka.. isyraf mmg hebat!! cayalah.

    ReplyDelete
  4. hahahahahahahahaha.. adoiyaii.. nak tergolek2 rase bace kesah isyraf nih.. boleh la pulak berselawat, senjata tajam nak balik tuh..

    ReplyDelete
  5. kakakakkakakak....
    lawak giler....
    good isyraf...len kali selawat lagi tau!!!

    ReplyDelete