Wednesday, May 26, 2010

Jangkitan Telinga

Kesian sangat kat anak mama sorang nih.. sejak kecik dah berulang-ulang kali kena Jangkitan telinga. Asal selsema je, 90% of the time mesti keluar lelehan kat telinga. Puas mencari Info, akhirnya adik yang sekarang tengah belajar medic bagitau penyakit yang Isyraf selalu kena tu namanya Otitis Externa. Kalau ikut kata adik mengikut apa yang dia belajar kalo budak sakit telinga tapi x keluar lelehan lagi bahaya dari keluar lelehan sebab bila dah keluar lelehan, means gegendang telinga dah koyak sikit untuk keluarkan lelehan, maknanya kurang radang pada gegendang telinga. Radang pada gegendang telinga boleh menyebabkan bahaya di bahagian tengah dan dalam telinga. Radang di bahagian dalam dan tengah telinga ni dinamakan Otitis Media.
First time dengar walaupun sedikit lega tapi sebagai ibu kita tetap risau.. gegendang telinga koyak? so apa jadi dengan pendengaran dia.. pastu adik jawab lagi, dan dah dibuktikan dengan doktor pakar telinga, gegendang telinga yang koyak boleh terkatup semula selepas jangkitan sembuh. Takes time about 1 or 2 weeks after infection..
Isyraf sedang dijangkiti buat kali yang entah ke-berapa sekarang nih. Sedihnye... nak lap lelehan telinga, even nak bagi pakai baju pun dia tak kasi takut tersentuh telinga dia, so asyik tak berbaju je la dia 2-3 hari ni..., lelehan yang keluar kat telinga tu pun terpaksa biar je dia meleleh sampai kat baju sebab Isyraf tak kasi sentuh.. sedih... setakat ni dah bagi ubat demam, antibiotik dan of-course ubat selsema, punca utama yang menyebabkan jangkitan..
Harap anak mama cepat sembuh, amin....
Kat sini nak share Info Sihat dari Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia.. http://www.infosihat.gov.my/penyakit/Kanak-kanak/JANGKITANTELINGAkanak_kanak.php
Pengenalan
Jangkitan telinga adalah masalah kesihatan yang kerap dihidapi oleh kanak-kanak. Ianya menyebabkan gangguan tidur dan pemakanan kanak-kanak. Mereka mungkin akan sentiasa menangis tanpa diketahui sebabnya. Kebanyakan kanak-kanak mendapat sekurang-kurangnya 1 jangkitan telinga sebelum berusia 2 tahun.
Apakah perbezaan jenis jangkitan telinga ?

Ada 2 jenis jangkitan telinga:

  • Otitis media adalah jangkitan telinga yang berlaku apabila virus, bacteria atau kulat menyerang tiub eustachian (saluran yang menghubung sinus dibelakang hidung ke telinga tengah)
  • Otitis externa ialah jangkitan telinga yang berlaku di saluran telinga luar.

Otitis externa


Apakah faktor seseorang itu cenderung mendapat jangkitan telinga ?

  • Jangkitan disaluran pernafasan yang berulang-ulang
  • Adik beradik yang dijaga di pusat harian.
  • Bayi yang diberi susu botol
  • Terdedah kepada asap rokok
  • Pembesaran adenoids
  • Sumbing bibir
  • Alahan menyebabkan kanak-kanak lebih terdedah kepada jangkitan telinga

Bagaimanakah kita mengetahui kanak-kanak mendapat jangkitan telinga?
Kebiasaan kanak-kanak akan mendapat jangkitan telinga selepas mendapat selesema atau jangkitan di salur pernafasan. Tanda-tanda biasa ialah:

  • Kesakitan dalam telinga
  • Resah dan mudah meradang
  • Tidur yang selalu terganggu
  • Selalu merentap dan menarik cuping telinga
  • Nanah keluar dari telinga
  • Kurang selera makan
  • Lelehan hidung
  • Selalu menangis sebelah malam semasa tidur
  • Kurang terangsang dengan bunyi yang perlahan

Apakah tanda-tanda yang dicari oleh doktor apabila pesakit disyaki menghidap jangkitan telinga?

Mengalami demam panas, tekak yang merah dan meradang dan mengalami lelehan hidung. Semasa pemeriksaan telinga, saluran telinga nampak merah dan selaput tympanic bengkak dan ada-kalanya bernanah.

Acute otitis media


Apakah komplikasi yang akan timbul akibat jangkitan telinga?

Kebanyakkan kanak-kanak akan sembuh sepenuhnya tetapi sebahagiannya mungkin akan mengalami :

  • Telinga bernanah yang kronik
  • Kurang pendengaran
  • Lembap dalam pembelajaran terutama jika rawatan yang diberikan lewat atau tidak sempurna.

Bagaimanakah rawatan jangkitan telinga?

Dapatkan nasihat dan rawatan awal dari doktor jika terdapat tanda-tanda jangkitan telinga. Jika jangkitan telah dikenalpasti, rawatanya adalah:

  • Ubat mencairkan kahak (samada secara topical or sistemik)
  • Ubat demam
  • Antibiotik diberi jika jangkitan disebabkan oleh bakteria
  • Ubat titis telinga jika nanah keluar dari telinga.
  • Gunakan teknik ‘ear weaking’ untuk mengeringkan nanah dalam telinga

Jangkitan telinga yang berulang-ulang:

  • Mungkin disebabkan oleh alahan dan harus dirawat mengikut puncanya.
  • Lakukan ujian pendengaran dan pergerakan gegendang telinga pada satu ketika kemudian

Adakah terdapat langkah-langkah yang boleh diambil untuk mencegah jangkitan telinga?

Ya, langkah yang baik ialah :

1. Susukan bayi anda dengan susu ibu.

2. Jauhkan anak anda dari mereka yang mengalami batuk dan selesema bagi mengelakkan jangkitan.

3. Ajar anak anda supaya selalu mencuci tangan dengan bersih.

4. Elakkan dari menyentuh mata dan hidung.

5. Elak :-

  • Terdedah kepada asap rokok
  • Penggunaan puting
  • Penyusuan susu botol semasa baring
  • Alahan yang diketahui

Selalu ingat “Pencegahan adalah lebih baik dari rawatan”


Apakah kesan dalam jangka masa panjang?

Kebanyakan kanak-kanak tidak mengalami komplikasi untuk jangka masa panjang. Kanak-kanak yang semakin membesar akan mempunyai tiub eustachian yang berfungsi dengan lebih baik, jangkitan batuk, selesema dan telinga juga akan berkurangan.

1 comment: