Thursday, April 29, 2010

Isyraf Sakit Mata

haiiii....

Kembali bekerja setelah sehari bercuti semalam.. Isyraf cakit mate, kesian die.. sbb tu ambik jugak cuti sehari jaga dia (teruk kn, org lain jaga anak sampai baik,kita jaga anak sehari jek.. ).

Hari ni still belum baik sepenuhnya, tapi nampak gaya mcm semakin ok. Kalo ikut kata doktor suruh titikkan kat mata dia time tidur, 4 jam sekali.., tapi Isyraf... tau jela.. bukan nak tidur sgt, bangun pukul 6 pagi, pastu tidur balik pukul 11, masa tu baru boleh nak titikkan ubat mata, Isyraf bangun tidur balik pukul 1 petang, pastu x tidur-tidur dah sampai dekat pukul 10 malam, abih... nak bagi ubat macamana.. nak titikkan masa dia jaga... terima kasih jela.. memang x dapek.. ngamuk guling-guling.. baik anta nursery, kat nursery at least dia punya jadual tidur 2 kali sehari, boleh la kakak nursery tu bagi ubat consistent sikit kat Muhammad Isyraf Zikry nih..










Tuesday, April 27, 2010

spek mata isyraf..

salam...

haha.. di sebalik kesibukan yang teramat dengan keje kat ofis, sempat jugak semalam belajar edit gambar dengan hidayah, so inilah hasilnya.. ada banyak lagi blom belajar, cara cut gambar, edit jadi blur dsb.. tapi xpelah, lenkali blh belajar lagi, sumanya sebab nak update blog, bagus jugak ada blog nih, byk bende baru blh belajar.. xdela buta IT sgt dah kn kawan-kawan..? hehe..

Jadi, kali ni nk tunjuk antara kegemaran terbaru Muhammad Isyraf Zikry, pakai spek... x kira masa, asal nampak jek, mintak pakai, asal nampak je mintak.. "mama..nak..shpek..encem.."
waaa.... x tahan.. gelak guling-guling... wakakakaka... perkataan encem tu yang paling x tahan tu, muka selamba pulak tu..

Yang ni gambar kat jusco setiawangsa masa first time bagi dia try pakai spek, wah... tengokla dia, kemain suka lagi..



tapi memandangkan spek ni untuk budak pompuan (cuba tgk tag warna pink), abahnya x kasila, suruh bukak... x macho aaaa kata dia... dan disebabkan itu, Isyraf guling2 kat lantai mengamuk sakan... adusss malunye....!!!

Akhirnya, setelah puas mencari, kitorang jumpa spek ni kat mid valley beberapa minggu kemudian, spek ni mmg utk boys.. huh, lega, dapat jgk akhirnya spek itam untuk anak bujang mama nih,

tgkla gaya die... kat rumah pun sibuk nak pakai spek, sambil tgk tv, sambil main.. hehe...Isyraf..Isyraf...

......................................

Oklah, tu je buat kali ni... daaa....



Friday, April 23, 2010

Renungan..

Let us share what Datuk Dr. Fadilah Kamsah used to say:

"Ada orang datang ke pejabat dengan perasaan penuh gembira & ceria ,
ada datang dengan perasaan "biasa" dan ada datang dengan perasaan serba tak kena "

Ingat lah, sesiapa yang datang hanya dengan perasaan "biasa" saja,
hasilnya adalah "biasa" saja, sesiapa yang datang dengan ceria,
hasilnya akan jadi lebih daripada biasa ataupun luar biasa.

Bekerja la dengan ceria agar menghasilkan produktiviti yang luar biasa yang
akan menggembirakan orang di sekeliling kita.
Semoga hasil itu akan mendapat keberkatan insyallah... . "

Jadi renungkan lah....

1. Ada antara kita datang ke pejabat hanya memenuhi tanggungjawab 'DATANG BEKERJA' tapi hampa,
hasilnya macam kita ' TAK DATANG' kerja

2. Ada kala kita rasa kita BUSY giler, rupanya kita hanya 'KELAM KABUT' .

3. Adakala kita rasa kita PERIHATIN , tapi rupanya kita BUSY BODY.

4. Adakala kita rasa kita OPENMINDED and OUTSPOKEN tapi rupanya kita KURANG PENGAJAR'AN.

5. Adakala kita rasa kita berpemikiran KRITIS , rupanya kita hanya lebih kepada
KRITIK yang mencipta KRISIS .

6. Adakala kita rasa kita ingin menjadi LEBIH MESRA tapi rupanya kita di lihat lebih MENGADA-NGADA .

7. Adakala kita suka bertanya 'KENAPA DIA NI MCM TAKDE KEJE', adalah lebih baik kita tanya
'APA LAGI KEJE YANG AKU BOLEH BUAT ?'

8. Adakala kita rasa kita ni pekerja yang SEMPURNA,BAIK DAN BERDEDIKASI tapi cuba tengok dalam-dalam, sela-
gi hati kita berdengki, jatuhkan reputasi sesama rakan sekerja (report kat bos kawan kita tak bagus dari kita) dan
tak amanah (mencuri dan tak siapkan kerja),kita sebenarnya patut terima hakikat betapa kita lebih teruk dari dari
anggapan kita itu sendiri.

Pejam mata dan renung lah diri, kalau kita perlu melakukan ANJAKAN PARADIGMA ,
maka lakukanlah segera...tapi manusia tetap manusia...
sukar untuk berubah kerana kita selalu beranggapan kita lebih baik...
adakah dengan merasakan itu kita sememangnya terbaik?

Maka untuk itu , mari kita mula senyum, ceria, mesra sesama kita
dan tingkat kerjasama dalam kerja,
tak rugi kita semai rasa 'kekeluargaan' dalam tugasan ..
kalau kita kurang kerja, cari la kerja membantu teman-teman yang lain.

Tak dapat gaji lebih pun tak apa sebab pahala dapat..
kita withdraw kat akhirat nanti...
tapi kalau kita asyik dengki mendengki..
nasib la sebab sudah ditentukan jalan yang sukar itu yang kita pilih..
~ Renungi lah, berapa ramai kawan kita dan berapa ramai lawan kita,
nescaya itulah kayu pengukur diri yang sebaiknya

"Mengkritik tidak bererti menentang,
Menyetujui tidak semestinya menyokong,
Menegur tidak bermakna membenci,
dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik."

Thursday, April 22, 2010

Anak mama sayang..

salam...

oleh kerana saya masih baru dalam bidang blog memblog nih, saya taruk gambar banyak-banyak dulu la ye, ni suma gambar anak manja mama dari umur sebulan sampai umur setahun,

kalo taruk gambar sendirik jugak boleh x? e,e,e,eeee macam ada yang nak muntah jek, xpela... mama isyraf tarik diri, x payahla nak mensensasikan diri sendiri kat alam maya ni, kat alam nyata rasanya macam dah cukup sensasi dah ek... wakkakakaka.. perasan boley...

oklah, layan..




yang ni isyraf baru umur sebulan..



dah umur dua bulan.. dah boleh angkat kepala..



tiga bulan.. dah pandai suke..



empat bulan.. sambut hari raya pertama..



lima bulan.. lihatlah lesung pipitku.. (ntah dari mana datang lesung pipit ni pun x tau, keturunan mama dan abah dia xde lansung lagi yg ada lesung pipit, so ni kira first generation la kira nih..)



enam bulan.. masa ni saya belum boleh merangkak lagi..



tujuh bulan.. abah belikan walker supaya saya boleh belajar jalan..



lapan bulan.. ni lah kegemaran saya time ni..



sembilan bulan.. saya dah pandai merangkak..!! dan.. cuba tengok betul-betul baju saya.. baju superman okey... hahaha... i'm a superhero...



sepuluh bulan.. tgk cite wonderpets...



sebelas bulan.. saya dah boleh duduk sendiri..



setahun... happy first birthday...

ok... baiii....

yeay yeay.. i dah ade belog!!!

hallu.. haluu.....

diumumkan secara officialnye, saya kini telah mencapai anjakan paradigma (malu tawwwww!) tahap IT yang sensasi lagi terkini..

disebabkan kekurangan sumber terkini, disertakan foto isyraf hari pertama kelahiran.. next post i akan mensensasikan diri sendiri lagi.. chow!!!!